1/15/2014

merawat masaalah allergy dengan berkesan




AR(rinitis alergi) adalah sejenis penyakit alergy.
Penyebab AR  ialah faktor di luar rumah seperti udara panas sejuk atau tercemar,kulat, pokok, rumput atau debunga rumpai, haiwan peliharaan, tungau habuk, najis lipas, bulu haiwan atau kulat di dalam rumah.

Orang yang menghidap AR sering mengalami mata berair, hidung berair, gatal-gatal tekak dan selalu bersin.

11/15/2013

rawatan penyakit stroke darah tinggi sesak nafas cara murah dan berkesan


Menurut Pengasas Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia (Nasam), Janet Yeo, pengetahuan rakyat Malaysia tentang strok masih rendah.
"Fenomena ini berpunca kerana orang ramai masih lagi tidak mengetahui tentang bahaya strok dan cara pencegahannya," katanya.
"Sebanyak 50,000 kes baharu pesakit strok dilaporkan setiap tahun di Malaysia dan kadar tersebut dijangka akan terus meningkat.
"Penduduk Malaysia adalah antara negara yang paling berisiko tinggi menghadapi masalah sakit jantung dan strok ekoran masalah darah tinggi serta diabetes. Serangan strok berlaku apabila salur darah tersumbat dan bekalan darah beroksigen tidak sampai ke sebahagian bahagian otak. Kekurangan oksigen tersebut menyebabkan sel-sel otak rosak atau mati, sekaligus bahagian tubuh badan yang dikuasai oleh bahagian berkenaan menjadi lumpuh.
Sehubungan dengan itu, Yeo memberitahu, Nasam melancarkan kempen kesedaran strok sepanjang tahun sebagai tindakan mengawal angka kematian dan peningkatan penghidap penyakit strok.
Bersama mencegah dan merawat penyakit strok dalam kalangan rakyat Malaysia, empat syarikat korporat iaitu Pusat Perubatan Ara Damansara, Hovid Berhad, Yee Lee Trading Berhad (YLC) dan Pengurusan Runcit Farmasi Caring Sdn. Bhd. (Farmasi Caring) menyumbangkan dana keseluruhan berjumlah RM150,000 kepada badan bukan kerajaan itu.
Menurut Pengarah Urusan Farmasi Caring, Chang Yeow Siang, pihaknya menyokong kempen yang diadakan oleh Nasam kerana ia mempunyai matlamat sama iaitu untuk menyediakan kepakaran, kualiti dan perkhidmatan berkaitan kesihatan bagi menjamin kesejahteraan orang ramai.
"Kami berharap sumbangan sebanyak RM25,000 ini dapat membantu Nasam dalam mempergiatkan lagi usaha membantu mangsa strok dan mendidik rakyat Malaysia untuk mencegahnya," katanya.
Melihatkan fenomena ini, pihak kami mengambil peluang bersama-sama menghulurkan dana sebanyak RM50,000 sebagai sokongan usaha meningkatkan kesedaran umum yang dianjurkan Nasam," katanya.
Maklumat lanjut mengenai cawangan, pusat pemulihan strok dan inisiatif Nasam boleh diperoleh melalui laman web www.nasam.org.

Menurut doktor
Serangan strok berlaku apabila salur darah tersumbat dan bekalan darah beroksigen tidak sampai ke sebahagian bahagian otak. Kekurangan oksigen tersebut menyebabkan sel-sel otak rosak atau mati, sekaligus bahagian tubuh badan yang dikuasai oleh bahagian berkenaan menjadi lumpuh.

Tanpa mengenal usia atau jantina, penyakit strok berisiko kepada sesiapa sahaja, terutamanya individu yang tidak tahu tentang tanda-tanda dan cara pencegahannya.
Menurut pandangan saya
penyakit stroke boleh di kesan apabila anda mengidap darah tinggi.Apabila penyakit darah tinggi di biarkan sahaja atau jika anda tidak berjaya untuk membuat darah kembali normal maka anda adalah salah seorang yang berisiko mendapat stroke secara tiba tiba.
Apa punca stroke ?
Lemak tepu dari pada minyak sayuran.Apabila anda berlebihan mengambil makanan mengandungi minyak sayuran tidak kira minyak kelapa sawit minyak jagung,minyak canola minyak bunga matahari minyak zaitun .Dalam sehari anda tidak boleh mengamalkan cara makan bergoreng pada masa sarapan,makan tengah hari,minum petang dan makan malam. Pengambilan makanan mengandungi minyak masak 4 kali sehari menyebabkan minyak itu tidak boleh dproses oleh tubuh,lama kelamaan boleh menyumbat saluran darah.
Untuk mengelakkan darah tinggi dan stroke anda perlu makan makanan bergoreng hanya satu atau 2 kali pengambilan sahaja dalam sehari seperti makan tengahari atau minum petang.
Jika anda mengidap darah tinggi apa perlu di makan untuk memproses minyak masak yang banyak dalam darah anda ?
1.Jangan tidur di bawah kipas yang laju atau menggunakan aircond ini akan menyebabkan minyak sayuran itu membeku menyebabkan serangan stroke,serangan jantung,sesak nafas.
2.Minum air carrot susu 2 gelas sehari.Makan tomato mentah sebagai ulam 1 biji sehari.Anda boleh lihat bacaan darah tinggi anda akan menjadi normal kembali.
setelah 2 minggu saya mengamalkan  makanan ini ternyata perubahan pada tekanan darah tinggi dan penyakit lain yg saya alami.
Cara ini saya amalkan semasa saya mengidap darah tingii,sesak nafas,rasa menekan-nekan pada dada siang atau malam hari,jantung berdebar-debar,susah tidur malam,susah bangun pagi,kepala selalu pening.Saya mendapat penyakit –penyakit ini  kerana selalu mengamalkan makan sup ekor,sup tulang,makan ayam goreng,makan nasi ayam,makan nasi goreng  ayam,makan roti canai,makan bihun goreng,makan mee goreng,koew tiow goreng.
Ternyata makanan biasa boleh merawat penyakit yg selama ini susah di sembuhkan melalui ubatan hospital.Saya telah berjaya sembuh anda bagaimana.Ikuti panduan makan yang telah saya amalkan.
Ternyata usaha nasam mengumpul wang yang banyak untuk membantu orang yang menderita penyakit stroke tidak membantu menggurangkan jumlah orang mengidap penyakit stroke tetapi hanya membantu meningkatkan  jualan ubat untuk farmasi caring dan Pusat Perubatan Ara Damansara.Ini adalah pandangan saya.

Jika ada sesiapa yang dah mencuba dan berjaya dengan kaedah ini sila beritahu di ruangan komen

9/20/2013

Batu karang dan batu hempedu cara mudah,berkesan dan semulajadi

Apa yang membentuk batu karang/ batu hempedu?
Bila saintis membuat kajian batu karang boleh terbentuk daripada kalsium,protein dan kolesterol

Bagaimana batu boleh terbentuk?
Apabila kita makan nasi dari beras yang murah,beras lusuh,beras rebus,beras yang di racun.Apa yang terkandung dalam beras ini hanyalah kalsium.Bila kita makan kalsium lah yang banyak dalam darah  kita.Bila di makan berhari-hari akan menyebabkan batu karang.  Kalsium perlukan mineral lain untuk di angkut menjadi gigi,otot,tulang dan sebagainya.

Apabila bila kita makan ayam,ikan,daging.Apa yang banyak terkandung dalam makanan ini  ialah protein.Bila kita makan berhari-hari tanpa makan sayur lama kelamaan protein banyak dalam darah tidak dapat di proses menjadi tenaga dan untuk pertumbuhan badan.lama kelamaan akan membentuk batu

Apabila kita selalu makan makanan laut atau makanan bergoreng tak kira di tumis atau nasi goreng,mee goreng,ayam goreng,goreng pisang dan sebagainya.Minyak masak akan menjadi banyak di dalam darah kita dan tak boleh di proses menjadi tenaga dan sebagainya.Lama kelamaan lemak kolesterol ini akan membentuk batu.

Jenis -jenis batu karang dan batu hempedu
 orang yang banyak makan beras murah,beras di racun ,makan ayam,lembu ikan akan mendapat batu jenis kalsium dan protein berwarna putih atau warna jernih
orang yang banyak makan bergoreng bertumis makanan laut akan mendapat batu yang berwarna coklat atau hitam

Inilah fakta sebenar yang kita sukar dapat  dari doktor.Sebab itu kalau di tanya dengan doktor mengatakan tidak tahu.Doktor hanya memberitahu batu karang terbentuk dari
1) Calcium oxalate – merupakan 80% batu karang yang terjadi hasil campuran dengan bahan kalsium dengan rupa bentuk bercabang dan tajam
2) Calcium phosphate-10% batu karang yang terjadi akibat jangkitan kuman dalam air kencing yang bersifat alkali
3) Asid urik
4) Cystin

faktor-faktor berikut bukanlah punca sebenar terjadinya batu karang atau batu hempedu
1) Ketidaksempurnaan dalam aliran saluran kencing
2) Tahap metabolisme seseorang lemah
3) Kegagalan buah pinggang
4) Kekurangan pengambilan air minuman
5) Nanah yang mengeras akibat jangkitan kuman semasa kecil
6) Jangkitan parasit atau cacing di dalam pundi kencing
 
 Rawatan cara hospital 1) Bergantung pada saiz,jenis dan kedudukan batu
2) Sinar laser jenis ‘extracorpareal shock wave lithotripsyn’ digunakan untuk memecahkan batu.
3) Kaedah endoskopi
4) Pembedahan


Menurut pandangan saya batu karang atau batu hempedu tidak boleh hancur dengan cara
1)Minum 1.5 liter air setiap hari terutama waktu malam
2)Cara merubah PH menjadi alkali dari air kencing sehingga boleh menghancurkan batu 

batu karang atau batu hempedu juga tidak boleh hilang atau hancur dengan cara berjumpa bomoh. Saya telah berjumpa dengan 2 orang yang mengidap batu karang telah berjumpa bomoh di melaka mengatakan batunya telah di keluarkan oleh bomoh tersebut dan penyakitnya telah sembuh.

saya  telah melihat dan meneliti bentuk batu yang di tunjukkan oleh dua orang tersebut.Saya dapati bentuk batu karangnya sama berwarna coklat. saiz ukuran batu yang dinyatakan oleh doktor tidak sama dengan saiz batu yang di keluarkan oleh bomoh tersebut. cuma saya belum membawa batu tersebut untuk ujian makmal apakah betul batu tersebut  berasal dari tubuh pesakit tersebut. Di harap ada saintis atau pakar yang boleh membuat kain makmal.

Ada beberapa orang pesakit yang sering berulang alik setiap 3 bulan sekali ke hospital selayang telah saya nasihatkan untuk mengamalkan minum jus carrot susu 2 gelas sehari, makan buah betik 1-2 potong sehari. minum susu tepung jenis full cream 1-2 gelas sehari. Setelah 6 bulan mengamalkan makanan yang saya cadangkan, apabila doktor membuat xray dan ct scan didapati batu telah hilang.

Ternyata pengambilan makanan yang betul boleh menghancurkan batu yang selama ini membuat orang ramai pening kepala,stress,banyak menghabiskan masa berjumpa doktor,banyak habis wang ringgit

oleh kerana orang ramai tidak mempunyai pengetahuan tentang apa punca terjadinya batu dalam badan menyebabkan ramai orang terpaksa mengambil ubat di hospital kerajaan selama bertahun tahun,terpaksa membuang masa menunggu berjam-jam lamanya untuk berjumpa dengan doktor yg hanya mengambil masa 10-15 sahaja,terpaksa di bedah.terpaksa berjumpa bomoh dan sebagainya .

ada juga yang sembuh tetapi 5 tahun kemudian batu tersebut ada semula di dalam badan.malah yang sangat menyedihkan pesakit ada yang muda seawal 25 tahun sudah mengidap batu kang.

ingin saya jelaskan sekali lagi punca batu karang batu hempu adalah berpunca dari makan tak seimbang terlalu banyak makan ikan,ayam,daging,makan beras murah,beras padi di racun dan makan makanan berlemak tanpa di seibangkan dengan makan buah dan sayur.

Jika ada sesiapa yang dah mencuba dan berjaya dengan kaedah ini sila beritahu di ruangan komen

7/23/2013

hepatitis sirosis hati berkuman



 PERKATAAN hepatitis diambil daripada hepar yang bermaksud hati dan hepatitis bermaksud radang hati/hati bengkak.Apabila hati sakit menyebabkan seluruh tubuh pesakit berwarna kekuningan. maka dalam masyarakat dikenal dengan istilah penyakit kuning (jaundice).

Penyakit kuning biasa kita nampak pada bayi, tetapi orang dewasa yang hatinya rosak juga menyebabkan penyakit kuning

Penyakit hepatitis dapat menyerang sesiapa saja tidak kira usia sama ada bayi, kanak-kanak, orang dewasa atau orang tua.
Tidak banyak pendedahan mengenai penyakit berbahaya ini menyebabkan hepatitis boleh dikatakan sebagai pembunuh senyap,doktor yang kurang pakar juga tidak dapat mengesan penyakit itu berpunca dari hati yang rosak.Bomoh yang tidak ada pengetahuan juga akan mengatakan ini buatan orang atau ada benda halus mendamping.

Pakar Perubatan Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. Abdul Malik Jamal Buhari berkata,
Hepatitis boleh disebabkan oleh
1.beberapa jenis virus yang boleh menyerang dan merosakkan sel-sel hati manusia dan boleh dikategori kepada jenis A, B dan C.
2. racun,bahan kimia,alkohol, ubat-ubatan atau lemak dalam hati terlampau banyak pada organ hati.Menyebabkan organ hati bekerja keras.lama kelamaan organ hati rosak menyebabkan sistem pencernaan makanan terganggu akhirnya banyak organ tubuh yang lain menjadi sakit.

 "Hepatitis boleh dikesan menerusi ujian darah liver function test (LFT).

Hepatitis A biasanya tidak menimbulkan kesan gejala yang besar. Merebak melalui makanan dan minuman yang tercemar. Virus merebak melalui najis individu yang menghadapi penyakit ini. Sebagai contoh, ikan atau kerang daripada kawasan air yang dicemari oleh najis manusia yang dijangkiti. Virus juga merebak melalui hubungan rapat dengan individu yang dijangkiti.

Tanda-tanda jangkitan boleh dilihat selepas dua hingga empat minggu. Pada minggu pertama, individu yang dijangkiti akan mengalami sakit seperti kulit kuning, keletihan, demam, hilang selera makan, muntah-muntah, pening dan kencing yang berwarna hitam pekat.

Menjaga kebersihan diri adalah penting. Cuci tangan dengan sabun, jika boleh guna sabun antikuman selepas menggunakan tandas, tandas mestilah selalu di basuh dengan sabun.sebelum menyediakan makanan dan sebelum makan mestilah basuh tangan."Biasanya pesakit akan sembuh sepenuhnya selepas empat atau lima minggu rawatan hospital.

Hepatitis virus jenis B adalah penyakit dalam kumpulan ini yang paling serius dan amat perlu diberi perhatian. Kebanyakan yang dijangkiti secara teruk tidak mempunyai tanda-tanda yang jelas dan mereka boleh menjangkiti kepada orang lain.Virus ini boleh dijumpai dalam semua bahagian cecair tubuh manusia yang menghadapi Hepatitis B secara teruk dan serius.Virus ini dijumpai di dalam darah, air mani, cecair faraj, cecair sendi, air susu, air kencing dan air mata.

Hepatitis B virus berjangkit dari ibu kepada anaknya sewaktu bersalin."Virus itu tidak boleh melalui placenta tetapi virus boleh berpindah kebayi melalui susu ibu.Biasanya ibu akan diberikan vaksin untuk membunuh virus.

Bagaimanapun mereka yang tidak sakit boleh menjadi pembawa. Dalam kehidupan, pembawa akan mengalami flare iaitu situasi virus itu aktif lalu pesakit akan mengalami sakit kuning beberapa kali seumur hidup.

Apabila mencapai usia 40 tahun ke atas, mereka akan mengalami kerosakan hati atau sirosis/hati bengkak.Apabila di biarkan lama kelamaan akan menyebabkan kanser hati yang boleh menyebabkan kematian.

Cara lain Hepatitis B boleh berjangkit adalah melalui pemindahan darah atau sebarang hasil darah melalui luka di kulit atau melalui tindik, membuat tatoo, akupuntur, suntikan, pisau cukur dan seks bebas.
Penagih dadah yang berkongsi jarum turut menghadapi risiko yang sama.

Rawatan cara hospital

Kini terdapat vaksin Hepatitis B yang diberikan secara suntikan.

Bagi kanak-kanak yang berumur di bawah 10 tahun, cukup dua dos yang dijarakkan selama dua bulan. Dos booster juga perlu diberikan selepas 12 bulan.

Bagi orang dewasa dan kanak-kanak berumur 10 tahun ke atas, vaksin ini diambil tiga kali dalam masa sebulan. 

Daripada data-data yang diterima, penerima suntikan yang lengkap boleh mempunyai imuniti lebih enam tahun.Satu dos tambahan perlu diambil selepas jangka itu untuk meningkatkan semula pertahanan badan.


Hepatitis C pula merupakan penyakit bawaan darah dengan 85 peratus yang terdedah dengan virus ini akan menghidapi penyakit.Satu daripada lima mereka yang menghidapi Hepatitis C akan mengalami parutan dan pengerasan hati secara berperingkat.Risikonya mengalami barah hati meningkat sebanyak lima peratus selepas 20 tahun dan empat peratus setahun bila hati mengalami parut.

Penyakit ini merebak melalui pendedahan kepada darah mereka yang menghidapi penyakit Hepatitis C.
Malah darah yang telah kering masih mempunyai virus yang boleh menjangkiti. Antara cara jangkitan adalah dengan menyentuh darah yang telah dijangkiti.Biasanya darah yang diterima sebelum 1995 mempunyai risiko terdedah kepada Hepatitis C."Selepas 1995, Bank Darah menyaring semua darah yang diterima daripada penderma terhadap Hepatitis C.

Penagih dadah terdedah kepada Hepatitis C kerana berkongsi jarum suntikan yang biasanya tidak dibasmi kuman dan dikongsi beramai-ramai.

Pesakit hepatitis C yang kronik.Langkah terakhir rawatan adalah melalui pemindahan hati jika kerosakan terlalu parah.Apabila berlaku kegagalan hati, salur darah akan menjadi bengkak dan nipis serta kemungkinan menyebabkan muntah darah.Biasanya selepas 15 hingga 20 tahun atau 25 hingga 30 tahun akan berlaku kerosakan hati.

Bagi mencegah penyakit hepatitis merebak, orang ramai di galakkan mengambil ujian hepatitis.Dari ujian darah dapat di tentukan jenis virus hepatiti samaada A,B,C dan berapa banyak jumlah virus yang ada dalam darah anda.


kesimpulannya
orang yang organ hati sudah rosak di sebab kan virus,bahan kimia,alkohol,lemak dan sebagainya menyebabkan hati bengkak,lama kelamaan apabila kronik menyebabkan kanser hati.
Organ hati yang sudah rosak boleh di ganti dengan pembedahan menukar hati .Jika pembedahan menukar hati tidak berjaya menyembuhkan penyakit menyebabkan kematian pada pesakit.

Berdasarkan pengalaman saya memberi nasihat pemakanan yang betul untuk orang yang menghidap hati yang sudah rosak supaya sihat kembali supaya menghentikan pengambilan makanan berlemak. Apabila anda di sahkan oleh doktor mengidap hepatitis A,B,C hati bengkak,radang hati,sirosis,hati berkuman,kanser hati ubahlah gaya pemakanan anda.amalkan makan bayam masak air dengan nasi dengan kadar yang biasa bukan jumlah yang banyak,.makan betik 1-2 potong sehari,minum jus lobak merah 2 gelas sehari,
Apabila penyakit anda berpunca dari virus amalkan minum air halia atau air temu lawak atau air lempoyang 1-2 gelas sehari hingga sembuh.

Beberapa orang yang  mengamalkan makanan yang saya cadangkan telah berjaya sembuh.Eloklah diamalkan makanan itu sehingga sembuh sepenuhnya,Jangan lupa membuat pemeriksaan darah dengan doktor untuk mempastikan hati anda betul-betul telah normal kembali.

Jika ada sesiapa telah bertahun-tahun terlantar di hospital mengidap penyakit hepatitis atau penyakit hati berkuman yang tak sembuh-sembuh cubalah mengamalkan makanan yang saya cadangkan sehingga sembuh. dalam 2 minggu sudah dapat perubahannya.Bila virus hepatitis banyak dalam darah dan darah anda kotor menyebabkan ubat hospital yang anda makan tidak boleh membunuh virus itu.Sebab itulah penyakit anda tidak sembuh-sembuh walaupun bertahun anda makan ubat hospital.Jika ada sesiapa yang dah mencuba dan berjaya dengan kaedah ini sila beritahu di ruangan komen

4/07/2013

kenapa saya sakit 2

Saya makan sama seperti orang lain makan, tetapi kenapa saya sakit?
Jawapannya kerana masak makanan terlalu lama.

Dalam makanan mengandungi Air.Dalam air terdapat zat makanan seperti protein, karbohidrat, gula, lemak, vitamin, mineral,enzim, antioksidan.

Apabila masak terlalu lama dan suhu melebihi 100 darjah maka air akan tersejat sekagus zat makanan menjadi kurang/tidak lengkap/ hilang.
1.   Makan Daging lembu,ayam,ikan,telor.Protein yang terdapat pada makanan membuat orang rasa bertenaga.Tetapi protein yang sudah rosak, akan membentuk asid urik pada darah menyebabkan badan rasa letih, mengantuk selepas makan.Rasa mual,loya,pening kepala,sakit hulu hati,kentut busuk,sakit buah pinggang,sakit sendi, ghaut.ketumbuhan,bengkak.
2.   Beras,gandum,tepung.Karbohidrat,serat  yang terdapat pada makanan membuat orang rasa kenyang dan bertenaga.Tetapi karbohidrat dan serat yang sudah rosak, membuat orang rasa tidak kenyang selepas makan,badan  rasa letih, mengantuk selepas makan.Badan rasa berangin,selalu sendawa,badan gemuk.
3.   Sayuran. Mineral, vitamin, enzim, antioksidan, serat yang terdapat pada makanan membuat orang sihat.Tetapi orang yang tidak makan sayur atau makan sayur yang sudah rosak antibodi menjadi lemah lemah,banyak penyakit terhasil,kurang darah.
4.   Minyak sayuran,daging lembu,ayam,ikan yang mengandungi lemak dan kolesterol. Tetapi lemak dan kolesterol yang tidak sesuai di makan, menyebabkan urat saraf tersumbat,kebas pada tangan atau kaki, darah tinggi, stroke,serangan jantung, katarak, glaukoma.



Masak makanan terlalu lama adalah seperti berikut :

Masak nasi menggunakan rice cooker.
Masak daging melebihi 15 minit.
Masak makanan menggunakan microwave oven.
Masak sayur melebihi 5 minit.
Makanan yang tidak habis di makan di panaskan untuk kali kedua.
 
Cuba anda perhatikan.,Dalam makanan seharian anda 
adakah anda selalu makan ,makanan yang di masak terlalu lama?
Adakah anda sedang mengalami penyakit?

Kenapa saya sakit 1

Saya makan sama seperti orang lain makan, tetapi kenapa saya sakit?
Jawapannya kerana makan tidak seimbang.

Makanan mempunyai 2 sifat
1.Makanan yang bersifat stabil.
Banyak terdapat dalam makanan yang berwarna oren,merah,ungu seperti lobak merah,tomato,terung ungu,cili merah, bawang merah, betik,limau oren,apel merah,tembikai,anggur ungu, halia, kunyit. Warna hijau gelap-cekup manis,daun kucai,bayam,kailan,brokoli,cili hijau,cili benggala,daun betik. 
Makanan ini menghalang makanan bersifat aktif merosakkan badan dan menimbulkan penyakit

2.Makanan yang bersifat aktif.
Terdapat pada daging lembu,daging,ayam ikan/haiwan air laut di goreng,di tumis,di panggang.
Makan yang telah di proses seperti makanan dalam tin,roti,biskut, mee,bihun,bebola daging/ikan,nugget,gula pasir,gula tiruan dan lain-lain lagi.
kebaikan makanan ini memberi tenaga.Keburukannya jika di makan berlebihan menyebabkan berbagai penyakit  

Cuba anda perhatikan.
Dalam makanan seharian anda yang mana satu anda berlebihan?
Adakah anda sedang mengalami penyakit?

4/01/2013

Apa Penyelesaian Untuk Masaalah Susah Hamil.

Bagaimana buku Panduan senang hamil cara Semulajadi boleh membantu

1.Pasangan yang sudah menjalani rawatan kesuburan, tapi belum ada anak lagi
2.Pasangan yang sudah 2 hingga 30 tahun berkahwin, tapi belum ada anak lagi
3.Pasangan yang tak tahu nak buat apa ,bila tak boleh hamil

Makanan untuk senang hamil ada depan mata kita sahaja.Tapi kita tak makan kerana tak ada orang yang memberitahu kita.Sebab itu timbul masaalah
     1.     Mengapa ada orang senang  hamil?
2.     Mengapa ada orang susah hamil ?
3.     Saya makan sama seperti orang lain makan, tetapi kenapa susah nak hamil?        

Sebab utama kenapa orang susah nak hamil kerana tidak ada ilmu tentang makanan.Jadi orang makan ikut suka hati asal kenyang. Tanpa disedari makanan itu menyebabkan sperma mati,telur tidak keluar langsung,sperma dan telur tidak boleh di senyawakan,janin boleh gugur
kurang nafsu sex,lemah tenaga batin,cepat pancut,salur air mati tersumbat
salur fallopian tersumbat,haid tak normal,pcos,cyst,endometriosis,fibroid kanser
Bila tiada panduan yang betul,orang akan minta bantuan dengan doktor,bomoh,rawatan tradisional,rawatan islam,makan supplement dan sebagainya,tapi tak berjaya juga untuk hamil.

Saya telah ramai menolong orang yang susah hamil.Saya menyusunnya dalam bentuk buku supaya ramai orang yang menghadapi masaalah yang sama dapat panduan yang betul menyelesaikan dengan cara yang mudah,murah dan berkesan.Tak perlu berhabis duit beribu,mengambil anak angkat,beli bayi.Anda boleh dapat zuriat anda sendiri.


Sumber utama kesihatan bagi manusia.



Untuk mendapatkan fikiran dan  badan yang sihat manusia perlukan 6 kombinasi berikut:
1.   Cahaya matahari  = 20%
2.   Udara dan oksigen = 20%
3.   Air sihat = 20%
4.   Makanan sihat = 20%
5.   Berehat atau tidur = 10%
6.   Bergerak atau bersenam = 10%

1.Cahaya Matahari : Menyumbang 20% untuk kesihatan tubuh.
Apabila kulit terkena cahaya matahari,ia akan menghasilkan vitamin D dan berbagai hormon badan lain boleh di hasilkan.Setiap orang memerlukan vitamin D bayi, anak-anak, remaja, dan orang dewasa.
Vitamin D diperlukan untuk menyerap kalsium dalam darah supaya membentuk tulang,gigi,rambut,otot menjadi kuat .
Vitamin D terdapat pada susu soya,biji gandum, biji beras, touge, kacang panjang, kacang hijau, kacang merah. Tetapi sumber vitamin D yang terbaik dan banyak adalah cahaya matahari.

Apakah berjemur menyebabkan kanser kulit.? Adakah fakta ini benar? Banyak orang yang bekerja seharian di luar  samaada petani,nelayan,pekerja pembinaan,tetapi tidak mendapat kanser kulit berbanding dengan mereka yang baring berehat atau bermalasan di tepi pantai atau kolam renang.Faktor yang membuat ketahanan kulit terhadap cahaya matahari adalah pengambilan makanan berwarna merah,kuning dan hijau.Jika anda kurang makan makanan tersebut memang anda berisiko mendapat kanser kulit apabila selalu berjemur.

2.Udara dan oksigen: Menyumbang 20% untuk kesihatan tubuh.
udara yang tidak sihat tercemar oleh habuk,asap,jerubu dan kotoran lain akan menyebabkan sakit paru-paru . Orang yang berlebihan udara sejuk seperti duduk dalam aircond  terlalu lama, cuaca sejuk di luar berhari-hari,udara di laut waktu hujan atau malam,orang yang selalu menunggang motosikal pada waktu malam atau pagi mengandungi udara yang bercampur dengan air. Maksud udara segar menyumbang 20% kepada kesihatan ialah  dalam sehari 24 jam jangan  terdedah pada suhu sejuk antara 0 -20 darjah atau suhu panas melebihi 35 darjah terlalu lama sehingga 5-6 jam.Nanti paru-paru akan sakit.

3.Air Sihat dan segar: Menyumbang 20% untuk kesihatan tubuh.
Ada orang kata minum air banyak-banyak 2.5 liter sehari. Ada pendapat yang mengatakan kita perlu minum 8 gelas sehari-1 liter. Yang mana betul?
Minum air berulangkali setengah gelas, pada setiap jam.Badan menjadi lebih bertenaga. Cara lain 1 gelas pagi, 2 gelas tengahari,2 gelas petang, 2 gelas malam,1 gelas sebelum tidor.

Berapa banyak air yang perlu diminum?
Ianya bergantung kepada cuaca dan aktiviti yang anda jalankan. Lebih banyak anda kehilangan air,lebih banyak anda makan, lebih banyak yang perlu diminum mungkin lebih 8 gelas sehari.
Kenapa kerap kencing lepas minum air?
1.kerana badan anda sudah cukup air 
2.kerana buah pinggang anda sakit.

4.Makanan Sihat : Menyumbang 20% untuk kesihatan tubuh.
10%.Makanan untuk memberi tenaga,menghasilkan darah,membina tisu badan. Mengandungi banyak karbohidrat, protein, lemak,gula yang sihat.
5%.Makanan untuk membentuk tulang,gigi,rambut,otot.Mengandungi banyak mineral.
5%.Makanan untuk membentuk antibodi dan hormon.Mengandungi banyak enzim pytokimia dan vitamin A,B,C,D,E,K.

5.Bergerak atau Bersenam: Menyumbang 10% untuk kesihatan tubuh.
Kita selalu mendengar nasihat bahawa bersenam itu perlu untuk sihat.Tapi sebenarnya tidak.Ramai orang di luar sana tidak mengikuti nasihat itu masih sihat. Jika pekerjaan seharian anda selalu bergerak maka anda tidak perlu bersenam.
Jika pekerjaan seharian anda tidak selalu bergerak atau selalu duduk sahaja, maka anda perlu lakukan lebih pergerakan seperti berjalan,berlari,bersenam. Berjalan,berlari,bersenam mempunyai maksud yang sama iaitu bergerak. Orang yang selalu bersenam juga boleh di jangkiti penyakit.

6.Tidur atau rehat: Menyumbang 10% untuk kesihatan tubuh.
Tidur Dalam Pengubatan Moden :
Ada orang yang masa tidurnya 2-4 jam sehari.Tetapi makan berkhasiat sedikit.Bila berlarutan begini,lama kelamaan ada organ badan yang mulai sakit.
Ada orang yang banyak bekerja sehingga menimbulkan stress.Bila stress organ badan perlukan lebih makanan berkhasiat.Lama kelamaan ada organ badan yang mulai sakit.
Bila anda terlampau ngantuk maka otak pun tidak boleh mengawal badan.
Apabila sakit Doktor biasanya akan memberi ubat agar pesakit boleh tidur nyenyak. Dengan demikian, tubuh pesakit boleh tidur dan rehat. Dengan tidur dan rehat, organ tubuh yang sakit akan lebih cepat sembuh.
Bila anda mengalami penyakit, perhatikan dahulu 6 perkara diatas.Yang mana anda kekurangan. cahaya matahari,udara dan oksigen,air sihat,makanan sihat,bergerak dan bersenam, Waktu tidur atau rehat,mestilah seimbang.Jika tidak ,anda berisiko sakit.