4/01/2013

Sumber utama kesihatan bagi manusia.



Untuk mendapatkan fikiran dan  badan yang sihat manusia perlukan 6 kombinasi berikut:
1.   Cahaya matahari  = 20%
2.   Udara dan oksigen = 20%
3.   Air sihat = 20%
4.   Makanan sihat = 20%
5.   Berehat atau tidur = 10%
6.   Bergerak atau bersenam = 10%

1.Cahaya Matahari : Menyumbang 20% untuk kesihatan tubuh.
Apabila kulit terkena cahaya matahari,ia akan menghasilkan vitamin D dan berbagai hormon badan lain boleh di hasilkan.Setiap orang memerlukan vitamin D bayi, anak-anak, remaja, dan orang dewasa.
Vitamin D diperlukan untuk menyerap kalsium dalam darah supaya membentuk tulang,gigi,rambut,otot menjadi kuat .
Vitamin D terdapat pada susu soya,biji gandum, biji beras, touge, kacang panjang, kacang hijau, kacang merah. Tetapi sumber vitamin D yang terbaik dan banyak adalah cahaya matahari.

Apakah berjemur menyebabkan kanser kulit.? Adakah fakta ini benar? Banyak orang yang bekerja seharian di luar  samaada petani,nelayan,pekerja pembinaan,tetapi tidak mendapat kanser kulit berbanding dengan mereka yang baring berehat atau bermalasan di tepi pantai atau kolam renang.Faktor yang membuat ketahanan kulit terhadap cahaya matahari adalah pengambilan makanan berwarna merah,kuning dan hijau.Jika anda kurang makan makanan tersebut memang anda berisiko mendapat kanser kulit apabila selalu berjemur.

2.Udara dan oksigen: Menyumbang 20% untuk kesihatan tubuh.
udara yang tidak sihat tercemar oleh habuk,asap,jerubu dan kotoran lain akan menyebabkan sakit paru-paru . Orang yang berlebihan udara sejuk seperti duduk dalam aircond  terlalu lama, cuaca sejuk di luar berhari-hari,udara di laut waktu hujan atau malam,orang yang selalu menunggang motosikal pada waktu malam atau pagi mengandungi udara yang bercampur dengan air. Maksud udara segar menyumbang 20% kepada kesihatan ialah  dalam sehari 24 jam jangan  terdedah pada suhu sejuk antara 0 -20 darjah atau suhu panas melebihi 35 darjah terlalu lama sehingga 5-6 jam.Nanti paru-paru akan sakit.

3.Air Sihat dan segar: Menyumbang 20% untuk kesihatan tubuh.
Ada orang kata minum air banyak-banyak 2.5 liter sehari. Ada pendapat yang mengatakan kita perlu minum 8 gelas sehari-1 liter. Yang mana betul?
Minum air berulangkali setengah gelas, pada setiap jam.Badan menjadi lebih bertenaga. Cara lain 1 gelas pagi, 2 gelas tengahari,2 gelas petang, 2 gelas malam,1 gelas sebelum tidor.

Berapa banyak air yang perlu diminum?
Ianya bergantung kepada cuaca dan aktiviti yang anda jalankan. Lebih banyak anda kehilangan air,lebih banyak anda makan, lebih banyak yang perlu diminum mungkin lebih 8 gelas sehari.
Kenapa kerap kencing lepas minum air?
1.kerana badan anda sudah cukup air 
2.kerana buah pinggang anda sakit.

4.Makanan Sihat : Menyumbang 20% untuk kesihatan tubuh.
10%.Makanan untuk memberi tenaga,menghasilkan darah,membina tisu badan. Mengandungi banyak karbohidrat, protein, lemak,gula yang sihat.
5%.Makanan untuk membentuk tulang,gigi,rambut,otot.Mengandungi banyak mineral.
5%.Makanan untuk membentuk antibodi dan hormon.Mengandungi banyak enzim pytokimia dan vitamin A,B,C,D,E,K.

5.Bergerak atau Bersenam: Menyumbang 10% untuk kesihatan tubuh.
Kita selalu mendengar nasihat bahawa bersenam itu perlu untuk sihat.Tapi sebenarnya tidak.Ramai orang di luar sana tidak mengikuti nasihat itu masih sihat. Jika pekerjaan seharian anda selalu bergerak maka anda tidak perlu bersenam.
Jika pekerjaan seharian anda tidak selalu bergerak atau selalu duduk sahaja, maka anda perlu lakukan lebih pergerakan seperti berjalan,berlari,bersenam. Berjalan,berlari,bersenam mempunyai maksud yang sama iaitu bergerak. Orang yang selalu bersenam juga boleh di jangkiti penyakit.

6.Tidur atau rehat: Menyumbang 10% untuk kesihatan tubuh.
Tidur Dalam Pengubatan Moden :
Ada orang yang masa tidurnya 2-4 jam sehari.Tetapi makan berkhasiat sedikit.Bila berlarutan begini,lama kelamaan ada organ badan yang mulai sakit.
Ada orang yang banyak bekerja sehingga menimbulkan stress.Bila stress organ badan perlukan lebih makanan berkhasiat.Lama kelamaan ada organ badan yang mulai sakit.
Bila anda terlampau ngantuk maka otak pun tidak boleh mengawal badan.
Apabila sakit Doktor biasanya akan memberi ubat agar pesakit boleh tidur nyenyak. Dengan demikian, tubuh pesakit boleh tidur dan rehat. Dengan tidur dan rehat, organ tubuh yang sakit akan lebih cepat sembuh.
Bila anda mengalami penyakit, perhatikan dahulu 6 perkara diatas.Yang mana anda kekurangan. cahaya matahari,udara dan oksigen,air sihat,makanan sihat,bergerak dan bersenam, Waktu tidur atau rehat,mestilah seimbang.Jika tidak ,anda berisiko sakit.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan