1/15/2014

merawat masaalah allergy dengan berkesan




AR(rinitis alergi) adalah sejenis penyakit alergy.
Penyebab AR  ialah faktor di luar rumah seperti udara panas sejuk atau tercemar,kulat, pokok, rumput atau debunga rumpai, haiwan peliharaan, tungau habuk, najis lipas, bulu haiwan atau kulat di dalam rumah.

Orang yang menghidap AR sering mengalami mata berair, hidung berair, gatal-gatal tekak dan selalu bersin.


Contoh kes penyakit AR adalah seperti berikut
Rokiah sering jatuh sakit, batuk, demam dan gatal pada tangan dan kaki sejak lima bulan lalu. Puas Ramlah dan suami berikhtiar dan menemui beberapa doktor untuk bertanyakan pendapat tetapi tiada perubahan.
Pada suatu hari, Ramlah membawa Rokiah pulang bercuti ke kampung di Pahang. Ramlah berasa pelik kerana beberapa hari di sana sudah ada perubahan pada anaknya. Penyakit Rokiah sembuh dengan sendirinya. Sekembalinya ke Kuala Lumpur, penyakit Rokiah kembali menyerang. Apabila diajukan perkara ini kepada pakar, Ramlah dan suami diberitahu kemungkinan anak mereka mengalami alahan. Setelah dilakukan kajian, debu yang berpunca daripada karpet dan sofa yang jarang dibersihkan menjadi penyebab alergi Rokiah.

AR ada dua jenis
1. AR berlaku kurang daripada empat hari dalam minggu. Kemudian sembuh.AR jenis ini masih ringan dan belum kronik.

2.AR berlarutan berlaku lebih daripada empat hari dalam seminggu dan selama lebih empat minggu berturut-turut tanpa henti.AR jenis kronik.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut NGO yang terlibat ialah Persatuan Alergi dan Imunologi Malaysia (MSAI)

Rawatan di klinik atau hospital.
Aerius D-12 merupakan ubat yang memberi kelegaan kepada penghidap AR tanpa menyebabkan berasa mengantuk. Ubat ini merawat simptom alahan seperti hidung tersumbat, gatal-gatal, bersin dan mata berair yang berlaku sama ada dari semasa ke semasa ataupun sepanjang tahun.

Selain dari ubat klinik dan hospital ada tak cara lain untuk mengubati penyakit AR ?
Berdasarkan pengalaman saya merawat penyakit,  orang yang mengalami sakit AR akan sembuh selepas 1-7 hari  amalkan makan bayam masak air bersama dengan nasi putih.

organ badan yang sakit adalah kerana bekalan mineral dan vitamin  berkuranggan dalam badan anda.Untuk menambah bekalan mineral dan vitamin dalam badan, makanlah sayuran yang betul yang boleh menyembuhkan penyakit.

Jadi jangan anda merasa taksub.Hanya doktor sahaja yang boleh memberikan khitmat nasihat kesihatan dan hanya doktor sahaja yang boleh menyembuhkan penyakit. Penyakit anda mungkin tidak akan sembuh jika mendapat nasihat yang tidak tepat .Anda mungkin menghabiskan wang beribu ringgit tetapi penyakit tidak juga sembuh sepenuhnya.

1 ulasan: